Tuesday, 20 March 2012

Aktiviti pertama kami


Bengkel bimbingan bertajuk “IMPROVING PROBLEM SOLVING SKILLS FOR UPSR STUDENTS” telah dijalankan dengan jayanya oleh Badan kebajikan PPSK pada 13 Mac 2012.  Program ini bermatlamat membantu pelajar yang kurang mampu dan ketinggalan di dalam pelajaran, menguasai soalan-soalan berbentuk  “Words problem”.  Ia adalah satu usaha mendekati masyarakat dan mengetengahkan Fakulti sebagai institusi yang dapat menyumbang ke aras pembangunan pelajar terutama dari segi penyelesaian masalah.
Seramai 15 peserta telah hadir. Pelajar-pelajar ini yang bakal menduduki UPSR tahun ini adalah dari beberapa sekolah di sekitar Shah Alam dan Klang.
Tenaga Pengajar
Tenaga pengajar  terdiri daripada  pensyarah Pusat Pengajian Sains Komputer dan dibantu oleh pelajar Sarjana Muda Sains Komputer (Kep) (CS230) melalui Computer Science Club (CS Club).
kusyuk belajar..





No comments:

Post a Comment